Mengapa orang asing diberi lebih keutamaan daripada peneroka Felda?

Pada tahun 2012, Felda menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia. Pada masa tu, ini berita besar bagi peneroka Felda kerana peneroka diberi peluang membeli saham FGV. Mestilah semua peneroka teruja – mereka tak pernah dengar tentang pasaran saham, apatah lagi diberi peluang untuk memiliki saham.

Peneroka seperti abah saya, saudara saya, sepupu saya dan jiran saya diyakinkan membeli saham FGV oleh Felda. Felda kata mereka akan dapat memiliki sedikit daripada syarikat yang tanah mereka usahakan. Felda kata harga saham akan naik dan mereka akan untung. Felda juga kata, jika “anda tidak mempunyai wang, jangan risau – kami akan memberi pinjaman kepada anda.”

Macam mimpi menjadi kenyataan kan? Orang kampung la kan. Bukannya mereka ada akses pada berita SEBENAR dan semua kontroversi yang mengepung penyenaraian FGV. Mereka hanya tahu apa yang Felda kata – bahawa penyenaraian ini bagus dan mereka akan untung.

Jadi, dengan pinjaman yang dijamin Felda, masing-masing pun membeli saham pada harga RM4.55. Tau tak, Felda mengumpul RM10 bilion daripada penyenaraian tersebut.

2018 sudah menjelang dan harga saham FGV kini bernilai kurang daripada separuh harga yang dibayar oleh peneroka. Peneroka masih menghempas-pulas untuk membayar semula pinjaman dari Felda untuk membeli saham FGV. Nak jual saham FGV tu pun tak boleh kerana mereka akan rugi lebih.

Apa jadi dengan RM10 bilion yang dikumpul oleh Felda? Kenapa tak digunakan untuk meringankan beban peneroka Felda yang telah ‘melabur’ dalam saham FGV? Kenapa lagi rela belanjakan wang tersebut dengan orang asing daripada membantu peneroka. Buktinya seperti di bawah:

1) RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik di Malaysia. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.

2) RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.

3) RM300 juta untuk sebuah hotel di London.

4) RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.

Ini hanya BEBERAPA contoh bagaimana wang yang dikumpul dari penyenaraian FGV telah dibelanjakan.

Kenapa pengurusan Felda dibenarkan membazir semua wang yang dikumpul dari penyenaraian tu? Peneroka Felda telah percayakan Felda dengan wang mereka. Lihatlah bagaimana Felda telah membazirkan wang peneroka Felda.

Kenapa lagi rela membantu orang asing yang kaya dan melabur dalam syarikat asing daripada membantu peneroka Melayu? Kenapa tak berjuang untuk hak peneroka Felda yang kebanyakkannya orang Melayu? Adakah ini permulaan untuk orang asing mengambil alih Felda dan FGV? Jika orang asing mengambil alih, apa yang akan terjadi kepada semua peneroka yang kebanyakkannya orang Melayu?

Dari menjual Felda dan FGV kepada orang asing – bukankah lagi baik beri peluang kepada ahli bisnes Melayu untuk memulihkan prestasi Felda dan FGV?

Harap-harap ada tokoh bisnes yang sudi mengambil cabaran ini. Insya-Allah.

 

Leave a comment