Pengurusan FGV yang bagaikan konsep diktator

Saya ada berbincang dengan rakan-rakan saya tentang FGV. Kawan-kawan saya ni bukan anak Felda seperti saya. Jadi, saya pun terkejut apabila mereka kata mereka ada beli saham FGV masa penyenaraian. Saya pun hairan…kenapa orang-orang bandar ni nak beli saham FGV walaupun penyeneraian FGV dikritik. Sudah tentu mereka ada baca atau dengar tentang kritikan penyenaraian FGV oleh pakar-pakar industri.

Ada dikalangan mereka yang telah jual saham tersebut tapi ada yang masih lagi memegang saham. Sekarang tak boleh jual lah…harga dah merosot. Pasti rugi.

Sambil minum teh, saya pun tanya mereka “kenapa kamu beli saham FGV?”

Jawapan mereka senang sahaja. Mereka ingin bantu peneroka.

Kalau FGV untung, peneroka pun untung. Selain itu, mereka telah melihat lembaga FGV yang sangat berkaliber dan telah percaya bahawa lembaga tersebut mampu membawa FGV ke tahap yang lebih tinggi. FGV itu kebanggaan Malaysia kononnya. Macam Petronas, FGV mana boleh rugi kata mereka.

Langsung tidak disangka yang lembaga FGV yang diamanahkan menjaga FGV dan peneroka akan begitu tamak dan menggunakan wang Felda untuk membiayai kehidupan mewah mereka (dan keluarga mereka). Langsung tidak disangka wang penyenaraian itu akan digunakan untuk pelaburan-pelaburan yang merugikan.

Untuk senang, saya senaraikan lagi pelaburan yang saya maksudkan ini (dari pos sebelum ini):

1)         RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.

2)         RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.

3)         RM300 juta untuk sebuah hotel di London.

4)         RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.

Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau ‘Google’ semuanya akan tersenarai.

Tapi apa yang kami keliru adalah, mengapa tak berunding dengan penasihat kewangan SEBELUM membuat pelaburan-pelaburan ini? Ada tak proses ketekunan wajar? Syarikat besar macam FGV yang menggunakan wang rakyat umum – sudah pasti mesti menjalani proses-proses ini terlebih dahulu kan?

Inilah paling minima yang pemegang saham FGV harapkan. Tapi nampaknya tidak – mereka buat apa yang pengerusi kata tanpa soal selidik. Pengerusi yang kita semua tahu hanya memikirkan kekayaan diri dan keluarganya.

FGV telah diuruskan dengan konsep ‘diktator’ dan mangsanya adalah peneroka dan pemegang saham FGV.

FGV perlukan pemilik Melayu bukan Cina Indonesia

Sudah menjelang 2018, FGV sudah pun disenaraikan selama lebih kurang 6 tahun. Tapi, macam kanak-kanak berusia 6 tahun, FGV masih belum matang dan perlukan bimbingan dan kasih sayang ibu bapanya.

Sudah terbukti, ibu bapa FGV pada masa ini tidak mampu memberi bimbingan yang sewajarnya. Ibu bapa yang saya maksudkan adalah lembaga FGV dan pihak pengurusan FGV. Lembaga FGV dan pihak pengurusan FGV sekarang menguruskan FGV macam syarikat yang sudah matang. Tapi hakikatnya, FGV belum lagi bersedia untuk bebas dari gengaman ibu bapanya. Ini terbukti dengan skandal-skandal FGV, kerugian yang dialami, peneroka yang marah/tidak puas dan sebagainya. Ye lah, bayangkan jika kanak-kanak berusia 6 tahun dibiarkan melayan kerenah sendiri. Bayangkan keadaan huru-hara akibat abaikan anak berusia 6 tahun.

Jadi apa yang berlaku kepada anak yang diabaikan ibu bapanya? Anak ini akan terbuka kepada adopsi. Dalam kata lain, FGV dengan senang akan diambil alih oleh pihak luar.

Ada khabar angin yang mengatakan ahli bisnes Cina Indonesia, Peter Sondakh berminat untuk mengambil alih FGV. Tapi, adakah ini wajar?

Bayangkan ini.

FGV adalah seorang budak Melayu beragama Islam yang dibesarkan di Malaysia. Dia merangkumi semangat Malaysia, semangat Melayu. Dia dibesarkan dengan adat, budaya dan tatatertib Melayu dan Islam. Sekarang, budak kecil ini akan menjadi anak angkat kepada orang Cina dari Indonesia yang beragama Kristian. Dia akan diajar semua budaya Cina Indonesia dan akan lupakan agama dan bangsanya.

Dia bukan lagi kebangaan Malaysia.

Adakah ini wajar bagi FGV? Bukankah lagi baik jika FGV diambil alih seorang ahli bisnes dari Malaysia? Bukankah lagi baik kalau orang Melayu atau Bumiputera dan paling penting, beragama Islam mengambil alih FGV? Seorang yang alim yang pentingkan adat, budaya dan tatatertib Melayu dan Islam.

FGV perlukan ibu bapa yang mempunyai masa dan sumber untuk mengasuhnya dengan kasih sayang, bukan ahli bisnes asing yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Felda akan dikoloni orang asing jika dijual kepada Peter Sondakh

Ok, pos saya yang lalu ada sentuh pasal gejala sosial yang akan menimpa peneroka Felda jika Peter Sondakh mengambil alih Felda. Mari kita lihat dari segi bisnes pula.

Kita sudah tahu yang Peter Sondakh adalah seorang ‘businessman’. Keutamaannya adalah keuntungan. Dia tidak berminat untuk membina syarikat ataupun menolong pekerja syarikat. Ada banyak contoh bagaimana dia berbuat demikian – sesetengahnya di tanah air kita sendiri.

Pada tahun 2004, Kumpulan Rajawali yang dimiliki Peter Sondakh telah menjual 23% sahamnya dalam PT Excelcomindo Pratama, pengendali telefon bimbit ketiga terbesar di Indonesia kepada Telekom Malaysia untuk USD314 juta.

Selepas itu, pada tahun 2005, Kumpulan Rajawali mula melabur di Langkawi. Pada mulanya di Hotel Sheraton (kini bernama Westin). Ada khabar angin yang mengatakan dia mengunakan wang yang diperoleh dari jualan PT Excelcomindo Pratama untuk melabur dalam Hotel Sheraton. Beberapa tahun kemudian dia melabur RM400 juta dalam pembinaan Hotel St Regis Langkawi Bersama dengan Starwood Hotels & Resorts Worldwide dan juga pembinaan Langkawi International Convention Centre.

Inilah operasi Peter Sondakh. Beli jual beli jual – asalkan dia untung…dengan banyak.

Jadi apa yang akan berlaku jika dia mengambil alih Felda? Senang saje. Kita semua tahu jawapannya. Dia akan menukar ahli lembaga dan pengurusan Felda dan FGV dengan orang-orangnya untuk satu matlamat sahaja – mencapai keuntungan besar. Dengan ini, Felda akan terdedah kepada amalan tidak baik dalam penanaman kelapa sawit. Tiada beza dengan syarikatnya, Eagle High yang dikenali di serata dunia kerana proses penanaman yang tidak mapan, hal ehwal pekerja yang teruk (ada orang mati di ladangnya) dan sebagainya. Felda juga akan terpaksa mengikuti proses-proses dan amalan yang teruk ini. Nama Felda pun akan turut tercemar.

Kesian peneroka yang selama ini bertungkus lumus menanam dengan cara yang mapan. Hasil kerja mereka akan hilang untuk keuntungan jangka pendek yang diingini Peter Sondakh.

Ahli lembaga dan pengurusan Felda yang pastinya akan diganti dengan orang asing. Bagaikan Felda dikoloni. Bukan lagi kebangaan orang Melayu. Bukan lagi kebangaan Malaysia. Setelah berkerja keras selama ini – inikah takdir Felda?

Selepas itu, Felda akan dijual kepada penawar tertinggi. Tak kisah la dari mana. Asalkan Peter Sondakh mengaut keuntungan besar.

Jadi apa yang akan terjadi kepada peneroka? Mereka hanyalan bidak dalam permainan catur.

Hanya orang Melayu atau Bumiputera yang boleh menjaga kepentingan Felda untuk orang Melayu dan Malaysia. Seorang yang alim, yang mementingkan orang/pekerjanya lebih dari keuntungan semata-mata.

Seorang yang akan menjaga Felda dan memulihkan keunggulannya.

Mengapa orang asing diberi lebih keutamaan daripada peneroka Felda?

Pada tahun 2012, Felda menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia. Pada masa tu, ini berita besar bagi peneroka Felda kerana peneroka diberi peluang membeli saham FGV. Mestilah semua peneroka teruja – mereka tak pernah dengar tentang pasaran saham, apatah lagi diberi peluang untuk memiliki saham.

Peneroka seperti abah saya, saudara saya, sepupu saya dan jiran saya diyakinkan membeli saham FGV oleh Felda. Felda kata mereka akan dapat memiliki sedikit daripada syarikat yang tanah mereka usahakan. Felda kata harga saham akan naik dan mereka akan untung. Felda juga kata, jika “anda tidak mempunyai wang, jangan risau – kami akan memberi pinjaman kepada anda.”

Macam mimpi menjadi kenyataan kan? Orang kampung la kan. Bukannya mereka ada akses pada berita SEBENAR dan semua kontroversi yang mengepung penyenaraian FGV. Mereka hanya tahu apa yang Felda kata – bahawa penyenaraian ini bagus dan mereka akan untung.

Jadi, dengan pinjaman yang dijamin Felda, masing-masing pun membeli saham pada harga RM4.55. Tau tak, Felda mengumpul RM10 bilion daripada penyenaraian tersebut.

2018 sudah menjelang dan harga saham FGV kini bernilai kurang daripada separuh harga yang dibayar oleh peneroka. Peneroka masih menghempas-pulas untuk membayar semula pinjaman dari Felda untuk membeli saham FGV. Nak jual saham FGV tu pun tak boleh kerana mereka akan rugi lebih.

Apa jadi dengan RM10 bilion yang dikumpul oleh Felda? Kenapa tak digunakan untuk meringankan beban peneroka Felda yang telah ‘melabur’ dalam saham FGV? Kenapa lagi rela belanjakan wang tersebut dengan orang asing daripada membantu peneroka. Buktinya seperti di bawah:

1) RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik di Malaysia. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.

2) RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.

3) RM300 juta untuk sebuah hotel di London.

4) RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.

Ini hanya BEBERAPA contoh bagaimana wang yang dikumpul dari penyenaraian FGV telah dibelanjakan.

Kenapa pengurusan Felda dibenarkan membazir semua wang yang dikumpul dari penyenaraian tu? Peneroka Felda telah percayakan Felda dengan wang mereka. Lihatlah bagaimana Felda telah membazirkan wang peneroka Felda.

Kenapa lagi rela membantu orang asing yang kaya dan melabur dalam syarikat asing daripada membantu peneroka Melayu? Kenapa tak berjuang untuk hak peneroka Felda yang kebanyakkannya orang Melayu? Adakah ini permulaan untuk orang asing mengambil alih Felda dan FGV? Jika orang asing mengambil alih, apa yang akan terjadi kepada semua peneroka yang kebanyakkannya orang Melayu?

Dari menjual Felda dan FGV kepada orang asing – bukankah lagi baik beri peluang kepada ahli bisnes Melayu untuk memulihkan prestasi Felda dan FGV?

Harap-harap ada tokoh bisnes yang sudi mengambil cabaran ini. Insya-Allah.

 

Gejala sosial yang akan menimpa Felda jika Felda diambil alih orang asing

Haih….bila saya teringatkan kampung saya, saya sangat sedih. Ye lah, Felda dalam keadaan sangat menyedihkan. Baru-baru ini, FGV telah melaporkan keuntungannya untuk tahun 2017 sebanyak RM554 juta. Mula-mula saya sangat gembira – akhirnya Felda akan mara semula!

Tapi, lepas itu saya ada baca bahawa itu hanyalah satu sandiwara kerana sebahagian keuntungan itu bukannya datang dari operasi FGV, tapi kerana mereka menjual satu pelaburan dan kerana syarikat usaha sama mereka yang mencatatkan keuntungan yang banyak. Jadi FGV pun sama-sama untung.

Kenapa ye, syarikat besar macam FGV (dan Felda) tidak diurus dengan baik? Ade-ade je skandal. Pelaburan yang teruk, ahli lembaga yang guna duit syarikat untuk membiayai kemewahan sendiri, dana yang diperuntukkan untuk peneroka tidak sampai ke peneroka dan macam-macam lagi.

Walaupun saya tak beberapa fasih dalam hal ehwal bisnes, saya pun tau – syarikat besar macam Felda kalau diurus macam ni…akan bankrap atau akan diambil alih. Harap-harap tak bankrap lah….peneroka yang akan kehilangan sumber pendapatan.

Kalau diambil alih, oleh siapa agaknya ye? Siapa yang mampu mengambil alih Felda dan menguruskannya dengan baik? Ade khabar angin yang katakan, Peter Sondakh ingin mengambil alih Felda. Nama tu macam pernah dengar kan? Ye lah, dialah pemilik Eagle High Plantations. Syarikat yang dibeli oleh Felda pada harga yang sangat tinggi walaupun Eagle High tu bukannya mencatat keuntungan pun. Ramai orang kritik pembelian Eagle High. Dan sekarang si Peter Sondakh nak ambil alih Felda plak?

Adui…nyayalah peneroka kalau ni menjadi kenyataan. Kesian keluarga dan kawan-kawan saya yang masih peneroka. Pertama sekali, Peter Sondakh ni orang Cina Indonesia. Dia beragam Kristian. Apa yang dia tau tentang kehidupan dan cara hidup orang Melayu Islam? Adakah dia akan menjaga cara hidup kami? Walaupun lembaga Felda sekarang taklah bagus sangat, sekurang-kurangnya majoriti ahli lembaga masih terdiri daripada orang Melayu dan Islam. Yang paling risau, Peter ni akan gantikan ahli lembaga sekarang dengan orang-orangnya. Majoriti pastinya orang asing. Pasti bukan Islam. Pasti bukan Melayu. Jadi siapa yang akan menjaga cara hidup peneroka Melayu Islam?

Peter ni juga seorang ahli perniagaan atau ‘businessman’. Nyata dia akan uruskan Felda seperti syarikat swasta. Jadi apa yang akan terjadi? Dia akan bawa masuk ramai perkerja Indonesia kerana lagi murah daripada orang Malaysia. Kalau ni terjadi, macam mana peneroka nak cari makan? Kalau orang Indonesia ramai, banyak pula isu sosial yang akan timbul di Felda. Kekotoran, isu kesihatan dan kewafiatan pasti timbul. Ini kerana orang Indonesia yang di bawa untuk bekerja diladang bukanlah yang perpendidikan. Habislah orang Melayu kalau macam ni. Nak cari makan pun tak boleh, ditambah pula gejala sosial dari Indonesia.

Bukankah lebih baik kalau Felda diambil alih oleh orang Melayu atau Bumiputera? Sekurang-kuranya cara hidup peneroka tidak akan terjejas. Sekurang-kurangnya Felda akan diurus oleh orang Melayu atau Bumiputera yang berkebolehan dan mempunyai integriti.

Harap-harap ada orang Melayu atau Bumiputera yang mampu akan bangkitkan semula Felda.

Siapa pemegang saham FGV?

Semenjak-dua menjak ni, macam-macam cerita kita dengar pasal FGV. Cerita tanah kena jual lah, cerita harga saham merundum tak naik-naik, cerita beli hotel harga ratusan juta… sayangnya semua cerita-cerita yang tidak sedap je kita dengar, cerita yang menjahanamkan syarikat!

Siapa punya kerja ni? Apa kata pemegang-pemegang saham FGV… tak bising ke diaorang semua tu?

Ehh kejap… siapa pemegang saham FGV?

OK, maklumat kat bawah ni saya ambil dari website FGV.

Nampak tak nama Koperasi FELDA kat atas tu? Koperasi FELDA memegang 5.61% saham FGV.  Haaa…. Hebat kan, kita peneroka FELDA sebagai ahli Koperasi FELDA, ada saham dalam FGV, syarikat yang sangat gah!

Kot-kot ada pembaca yang kurang arif, peneroka-peneroka FELDA adalah ahli di dalam Koperasi FELDA. Melalui pelaburan dan urusan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi,  ahli-ahli koperasi hujung tahun boleh dapat dividen.

Jadi, dengan segala cerita tak enak yang kita dengar tentang pengurusan dan prestasi FGV ni, apa yang kita boleh buat sebagai pemegang saham?

Dengar cerita ada orang luar negara nak ambilalih FGV. Orang tempatan kita pun ada juga yang masukkan usul, tapi macam berat berpihak kepada orang luar tu. Tentunya orang tempatan yang nak bantu pulihkan FGV ni berkelayakan, kewangannya kukuh serta mempunyai prestasi perniagaan yang sangat bagus. Jadi kenapa nak bagi pada orang luar bila orang kita sendiri boleh bantu pulihkan syarikat kita?

Berbalik kepada cerita saham kita dalam FGV… jadi, apa kita nak buat ni? Boleh ke kita buat apa-apa? Mungkin seorang dua tak riuh kalau buat bising pun. Tapi kalau kita ramai-ramai tempik, ramai-ramai buat bising, mesti pihak pengurusan dengar kan?

TAK NAK orang luar ambil FGV.

Kehidupan mewah Tan Sri Isa Samad

Sejak saya berpindah ke KL, saya telah didedahkan kepada berita dan fakta mengenai bagaimana kerajaan kita beroperasi. Saya mempunyai pengalaman sendiri, sebagai anak lelaki Felda tentang bagaimana kerajaan kita terus menghampakan rakyat Felda dengan janji kosong, administrasi and pengurusan yang teruk.

Kehidupan peneroka Felda sangat miskin dan hampir kemelaratan. Setiap tahun kerajaan berjanji akan membantu peneroka Felda melalui geran, subsidi wang dan sebagainya. Malah, baru-baru ini kerajaan telah menjanjikan berbilion Ringgit kepada peneroka untuk membina rumah baru. Tapi, tidak ada banyak perubahan kepada keadaan hidup para peneroka Felda dalam masa 50 tahun.

Sebenarnya, apa-apa pembaikan atau penaiktarafan yang kita ingin buat ke rumah kita perlu dibiayai sendiri. Jika kita tidak mampu, kita perlu mengambil pinjaman dari Felda. Jika ini berlaku, ke manakah semua wang yang diperuntukkan untuk membantu peneroka Felda pergi?

Saya tahu. Anda pun tahu. Tidakkah anda melihat berita tahun lepas? MACC telah menyerbu rumah-rumah, ya RUMAH-RUMAH, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. Media melaporkan bahawa dia mempunyai banyak rumah di Selangor, seperti di Nilai Springs Heights dan Lavender Heights di Senawang, sebuah rumah di Kuala Pilah, satu di Port Dickson dan satu lagi di Jempol. Rumah-rumah ini semua banglo besar dengan tanah yang luas, bukan kondominium kecil atau rumah teres. Wow! Begitu banyak rumah mewah untuk seorang lelaki manakala beribu-ribu peneroka yang dia diamanahkan untuk menjaga hidup dalam keadaan menyedihkan. Bagaimana dia mampu membeli rumah-rumah begitu? Adakan dia dan kroni-kroni-nya menggunakan wang yang di peruntukkan untuk peneroka Felda untuk membeli kemewahan sendiri?

Jika Pengerusi Felda berkelakuan dan hidup dengan cara ini – apakah lagi timbalan-timbalan dia di Felda?

Kenapa ini boleh berlaku? Di manakah keadilan?

Setiap kali pilihan raya menghampiri, ahli politik ini membuat janji kosong kepada kami dengan harapan mendapat undi kami. Setiap tahun kami kecewa dengan janji kosong mereka.

Saya ingin meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini. Saya berharap keutamaan akan diberikan kepada peneroka Felda.

Bagaimana seorang peneroka miskin boleh hutang Felda RM40k?

Ayah saya seorang peneroka Felda Jengka 25, Pahang. Setiap hari dari pagi hingga petang, dia bertungkus-lumus menyemai tanah kami dengan harapan dia boleh mengalas perut keluarganya. Baru-baru ini ayah saya meninggal dunia akibat kanser. AlFatihah.

Walaupun ayah saya seorang peneroka, dia selalu menasihatkan anak-anaknya (2 orang abang saya Aziz dan Nizam, saya dan adik saya Aishah) supaya rajin balajar. Dia harapkan kami semua pergi universiti. Dia tidak mahu kami bersusah-payah seperti dia.

Tapi hakikatnya, hanya saya yang pergi universiti. Abang-abang saya terpaksa menolong ayah di kebun kerana ayah tidak mampu menghantar mereka ke universiti. Saya bernasib baik kerana dengan pertologan abang-abang saya, ayah boleh mengumpul yuran universiti saya. Felda langsung tidak menolong kami. Mereka tidak menolong abang-abang saya. Adik saya pula tidak suka belajar dan tidak berminat untuk ke universiti.

Pada hari graduasi saya, ayah berkata degan air mata melilih bahawa itulah saat yang paling membanggakan dalam hidupnya. Sebak hati saya mengenang….

Selepas tamat pengajian di UiTM, saya berpindah ke Kuala Lumpur dan mula berkerja di sebuah syarikat kecil. Saya agak kecewa kerana hanya dapat kerja di syarikat kecil. Mimpi saya untuk berkerja di syarikat ‘global’ tidak boleh direalisasikan – walaupun saya ada degree. Syarikat besar tidak mahu mengupah saya kerana saya tak boleh bercakap and menulis English dengan baik.

Walaupun gaji saya sedikit, setiap bulah saya akan hantar wang kepada ayah untuk meringankan bebannya untuk menyelesaikan semua hutang kepada Felda. Sebelum dia meninggal, hutang terkumpulnya kira-kira RM40,000. Selepas ayah meninggal, hutang ini diwarisi oleh saya dan abang-abang saya. Kali pertama saya nampak amoun itu – saya hampir pengsan!

Macam mana seorang petani boleh berhutang begitu banyak? Lagi-lagi hutang kepada syarikat yang diamanahkan untuk menjaga hak kami dan mengurangkan beban kami.

Di KL, saya dapat akses kepada media alternatif dan saya dapat tahu bahawa semua ‘pinjaman’ yang peneroka hutang kepada Felda berasal dari penipuan Felda. Tahun demi tahun kerajaan kita mengambil kesempatan dari peneroka yang kurang faham maksud pinjaman…’interest’… dan sebagainya. Kerajaan memberi pinjaman dengan ‘interest’ yang agak tinggi untuk penanaman semula, pendidikan, pembaikan rumah dan segalanya. Segala ‘pembantuan’ atau ‘subsidi’ yang diberikan atau dijanjikan kepada peneroka, terus terang, adalah ‘PINJAMAN’. Ini menjamin semua peneroka akan kekal menghutang Felda.

Bila masa pilihan raya, kerajaan akan janjikan banyak subsidi untuk meringankan beban peneroka, tetapi peneroka tidak pernah melihat satu sen pun! Janji-janji kosong ini hanyalah untuk menang pilihan raya. Tapi, kerana peneroka banyak hutang kepada Felda, mereka rasa terdesak dan akan percaya apa-apa yang dijanjikan kepada mereka oleh kerajaan – kerana mereka hanya mahu selesaikan hutang kepada Felda!

Ini adalah keji dan saya harap dapat menaikkan kesedaran terhadap nasib peneroka Felda.

Mudah-mudahan, seseorang akan dapat membantu kami.

Selamatkan Felda.

 

Urusan Selesai – Orang Melayu Felda kalah kepada orang Cina-Indonesia (Bahagian 2)

Pertama sekali, perjanjian ini adalah sesuatu yang berisiko tinggi kepada penebangan hutan. Sekiranya pengambilalihan berjalan lancar, Felda akan memperoleh 425,000 ha bank tanah dari Eagle High, yang dianggarkan 64% tidak dibangunkan. Perjanjian ini akan memberi tekanan besar kepada Felda untuk menunjukkan pulangan atas pelaburan, menjadikan bahawa akan terdapat bank tanah yang belum dibangunkan bakal menjadi mangsa kepada jentolak Felda. Tanah di situ juga tiada persijilan RSPO. Sebab itulah, FGV secara sukarela manarik balik persijilannya RSPO tahun lalu.

Risiko besar yang kedua adalah penderaan hak asasi manusia. Memandangkan penderaan yang didakwa oleh WSJ, Felda sepatutnya tidak dibenarkan untuk mengembangkan pegangan lading sehinggalah dapat membuktikan bahawa ia mematuhi piawaian antarabangsa dalam layanan adil terhadap pekerja dan perlu menghormati hak asasi manuasia.

Pelabur Felda mesti mempertimbangkan bahawa perjanjian ini adalah berisiko penting. Peneroka Felda patut mempertimbangkan pengkhianatan ke atas segala usaha keras mereka 50 tahun lepas.

Banyak daripada pelanggan Felda dan Eagle High ada dasar untuk tiada penebangan hutan, tiada gambut, dan tiada eksploitasi termasuk Cargill, Golden Agri-Resources dan Wilmar. Perjanjian ini AKAN menghasilkan penjelasan tanah dan penderaan hak asasi manusia.  The European Union akan menghalang Felda dan Eagle High untuk import ke dalam EU, di mana akan membuat perjanjian ini menjadi bencana ekonomi bagi syarikat- dan kemudiannya peneroka Felda.

 

Peneroka – AWAS – cinta minyak sawit ini tidak akan cantik

 

#SelamatkanFELDA

Urusan Selesai – Orang Melayu Felda kalah kepada orang Cina-Indonesia (Bahagian 1)

Ia adalah perjanjian berbillion-biliion ringgit (RM2.25 billion) yang tidak mendapat perhatian media mahupun rakyat Malaysia.

Felda secara senyap telah menyempurnakan pembelian sebanyak 37% saham dalam syarikat minyak sawit PT Eagle High Plantations(EHP) menggunakan duit pinjaman yang dikhuatiri tidak dapat dibayar balik. Kerajaan Malaysia telah menganjurkan dan menjamin sukuk sebanyak USD $252 juta untuk pembelian ini. Adakah langkah ini wajar dimana kerajaan meminjam wang sebanyak itu untuk membeli syarikat yang tidak ada sebarang kepentingan untuk rakyat dari mana-mana pandangan. Apa yang lebih menyakitkan ialah pembelian ini menggadai masa depan peneroka Felda kerana mereka terlibat secara langsung dalam pegangan hutang ini. Lebih-lebih lagi hutang ini digunakan untuk membayar balik hutang seorang hartawan Cina Indonesia yang merupakan pemilik terbesar PT Eagle High Plantations melalui kumpulan Rajawali.

Ingatlah!! Pembelian ini mengikut Felda Global Ventures(FGV) membatalkan perjanjian USD $680 juta akhir tahun lalu, dimana ia telah menerima kritikan daripada pelabur tempatan dan juga asing yang berpendapat perjanjian itu terlalau mahal serta agak berat sebelah kepda Peter Sondakh–pemilik EHP. Bank British, Standard Chartered juga ditarik ke dalam kontroversi perjanjian itu dan menjadi sasaran kempen beberapa pihak supaya tidak meluluskan pinjaman tersebut.

Apakah persamaan yang ada? – Malaysia yang telah membeli sebuah syarikat Indonesia-Cina dan perjanjian ini akan membawa bersama dua syarikat global yang berprestasi Lebih-lebih lagi kedua-dua syarikat ini memiliki rekod yang teruk dalam penanaman kemampanan.
Tolong periksa berapa hectar tanaman kedua-dua syarikat itu disertifikasi RSPO??

Felda juga dituduh atas pencabulan hak asasi manuasia di ladang-ladangnya baru-baru ini oleh Wall Street Journal(WSJ), di mana laporan itu mengatakan kontraktor-kontraktor yang dilantik Felda telah bertindak ganas dan mendera pekerja mereka. Antara tuduhan di dalam laporan itu ialah seperti merampas passport perkerja, menahan gaji, memukul pekerja dan tidak menyediakan peralatan perlindungan di ladang-ladang Felda.

Juruaudit bebas yang berkerja dengan organisasi RSPO ,pada bulan Oktober telah menjumpai bukti “buruh paksa” di atas ladang Felda. Antara yang dijumpai adalah bukti kes-kes seperti rampasan dokumen pengenalan diri ,hutang terkumpul,kontrak perkerja yang tidak jelas, dan obligasi upah minimum yang tidak dipatuhi.

Sedangkan Felda adalah antara ahli pengasas RSPO, sebuah badan piawaian persijilan untuk kemampanan kelapa sawit ia telah banyak dikritik oleh NGO atas standard yang lemah atas perlindungan hutan dan tanah gambut. Atas sebab ini, ramai pesaing-pesaing Felda, bersama syarikat-syarikat yang mewakili majoriti pengeluar minyak kelapa sawit dunia, telah bersepakat untuk komit kepada dasar untuk “tiada penebangan hutan, tiada gambut, dan tiada eksploitasi”.

Malu- Felda tidak memberikan komitmen ini. Soalan seterusnya – kenapa tidak?

Eagle High adalah sebahagian daripada kumpulan Rajawali yang berpengaruh tinggi dan sangat berkuasa. Ia tidak menunjukkan sebarang komitmen yang kukuh untuk menghalang eksploitasi penebangan hutan dan perlindungan tanah gambut sedangkan kebanyakkan pengeluar kelapa sawit Indonesia yang setara dengan Eagle High, termasuk Astra Agro Lestari dan First Resources mengamblil langkah dan usaha yang ketara dalam isu ini.

Di wilayah Indonesia, Papua, anak syarikat Eagle High telah membakar lebih dari 13,000 ha hutan hujan tropika sejak tahun 2010 sehinnga ke 2014. Fakta ini adalah berdasarkan laporan firma analisis risiko kemampanan Chain Reaction Research. Tahun lalu, institut pembangunan dasar Greenomics Indonesia mengeluarkan sebuah laporan (pdf) yang mendakwa bahawa anak syarikat Eagle High telah mula membersihkan hutan hujan tropika di Papua Barat dimana ia memiliki konsesi 20,000 ha.

Sekarang, perjanjian telah dilakukan setan-ke-setan. Kenapa perlu dipedulikan?

#SelamatkanFelda