Felda akan dikoloni orang asing jika dijual kepada Peter Sondakh

Ok, pos saya yang lalu ada sentuh pasal gejala sosial yang akan menimpa peneroka Felda jika Peter Sondakh mengambil alih Felda. Mari kita lihat dari segi bisnes pula.

Kita sudah tahu yang Peter Sondakh adalah seorang ‘businessman’. Keutamaannya adalah keuntungan. Dia tidak berminat untuk membina syarikat ataupun menolong pekerja syarikat. Ada banyak contoh bagaimana dia berbuat demikian – sesetengahnya di tanah air kita sendiri.

Pada tahun 2004, Kumpulan Rajawali yang dimiliki Peter Sondakh telah menjual 23% sahamnya dalam PT Excelcomindo Pratama, pengendali telefon bimbit ketiga terbesar di Indonesia kepada Telekom Malaysia untuk USD314 juta.

Selepas itu, pada tahun 2005, Kumpulan Rajawali mula melabur di Langkawi. Pada mulanya di Hotel Sheraton (kini bernama Westin). Ada khabar angin yang mengatakan dia mengunakan wang yang diperoleh dari jualan PT Excelcomindo Pratama untuk melabur dalam Hotel Sheraton. Beberapa tahun kemudian dia melabur RM400 juta dalam pembinaan Hotel St Regis Langkawi Bersama dengan Starwood Hotels & Resorts Worldwide dan juga pembinaan Langkawi International Convention Centre.

Inilah operasi Peter Sondakh. Beli jual beli jual – asalkan dia untung…dengan banyak.

Jadi apa yang akan berlaku jika dia mengambil alih Felda? Senang saje. Kita semua tahu jawapannya. Dia akan menukar ahli lembaga dan pengurusan Felda dan FGV dengan orang-orangnya untuk satu matlamat sahaja – mencapai keuntungan besar. Dengan ini, Felda akan terdedah kepada amalan tidak baik dalam penanaman kelapa sawit. Tiada beza dengan syarikatnya, Eagle High yang dikenali di serata dunia kerana proses penanaman yang tidak mapan, hal ehwal pekerja yang teruk (ada orang mati di ladangnya) dan sebagainya. Felda juga akan terpaksa mengikuti proses-proses dan amalan yang teruk ini. Nama Felda pun akan turut tercemar.

Kesian peneroka yang selama ini bertungkus lumus menanam dengan cara yang mapan. Hasil kerja mereka akan hilang untuk keuntungan jangka pendek yang diingini Peter Sondakh.

Ahli lembaga dan pengurusan Felda yang pastinya akan diganti dengan orang asing. Bagaikan Felda dikoloni. Bukan lagi kebangaan orang Melayu. Bukan lagi kebangaan Malaysia. Setelah berkerja keras selama ini – inikah takdir Felda?

Selepas itu, Felda akan dijual kepada penawar tertinggi. Tak kisah la dari mana. Asalkan Peter Sondakh mengaut keuntungan besar.

Jadi apa yang akan terjadi kepada peneroka? Mereka hanyalan bidak dalam permainan catur.

Hanya orang Melayu atau Bumiputera yang boleh menjaga kepentingan Felda untuk orang Melayu dan Malaysia. Seorang yang alim, yang mementingkan orang/pekerjanya lebih dari keuntungan semata-mata.

Seorang yang akan menjaga Felda dan memulihkan keunggulannya.

Leave a comment