Mengapa orang asing diberi lebih keutamaan daripada peneroka Felda?

Pada tahun 2012, Felda menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia. Pada masa tu, ini berita besar bagi peneroka Felda kerana peneroka diberi peluang membeli saham FGV. Mestilah semua peneroka teruja – mereka tak pernah dengar tentang pasaran saham, apatah lagi diberi peluang untuk memiliki saham.

Peneroka seperti abah saya, saudara saya, sepupu saya dan jiran saya diyakinkan membeli saham FGV oleh Felda. Felda kata mereka akan dapat memiliki sedikit daripada syarikat yang tanah mereka usahakan. Felda kata harga saham akan naik dan mereka akan untung. Felda juga kata, jika “anda tidak mempunyai wang, jangan risau – kami akan memberi pinjaman kepada anda.”

Macam mimpi menjadi kenyataan kan? Orang kampung la kan. Bukannya mereka ada akses pada berita SEBENAR dan semua kontroversi yang mengepung penyenaraian FGV. Mereka hanya tahu apa yang Felda kata – bahawa penyenaraian ini bagus dan mereka akan untung.

Jadi, dengan pinjaman yang dijamin Felda, masing-masing pun membeli saham pada harga RM4.55. Tau tak, Felda mengumpul RM10 bilion daripada penyenaraian tersebut.

2018 sudah menjelang dan harga saham FGV kini bernilai kurang daripada separuh harga yang dibayar oleh peneroka. Peneroka masih menghempas-pulas untuk membayar semula pinjaman dari Felda untuk membeli saham FGV. Nak jual saham FGV tu pun tak boleh kerana mereka akan rugi lebih.

Apa jadi dengan RM10 bilion yang dikumpul oleh Felda? Kenapa tak digunakan untuk meringankan beban peneroka Felda yang telah ‘melabur’ dalam saham FGV? Kenapa lagi rela belanjakan wang tersebut dengan orang asing daripada membantu peneroka. Buktinya seperti di bawah:

1) RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik di Malaysia. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.

2) RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.

3) RM300 juta untuk sebuah hotel di London.

4) RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.

Ini hanya BEBERAPA contoh bagaimana wang yang dikumpul dari penyenaraian FGV telah dibelanjakan.

Kenapa pengurusan Felda dibenarkan membazir semua wang yang dikumpul dari penyenaraian tu? Peneroka Felda telah percayakan Felda dengan wang mereka. Lihatlah bagaimana Felda telah membazirkan wang peneroka Felda.

Kenapa lagi rela membantu orang asing yang kaya dan melabur dalam syarikat asing daripada membantu peneroka Melayu? Kenapa tak berjuang untuk hak peneroka Felda yang kebanyakkannya orang Melayu? Adakah ini permulaan untuk orang asing mengambil alih Felda dan FGV? Jika orang asing mengambil alih, apa yang akan terjadi kepada semua peneroka yang kebanyakkannya orang Melayu?

Dari menjual Felda dan FGV kepada orang asing – bukankah lagi baik beri peluang kepada ahli bisnes Melayu untuk memulihkan prestasi Felda dan FGV?

Harap-harap ada tokoh bisnes yang sudi mengambil cabaran ini. Insya-Allah.

 

Gejala sosial yang akan menimpa Felda jika Felda diambil alih orang asing

Haih….bila saya teringatkan kampung saya, saya sangat sedih. Ye lah, Felda dalam keadaan sangat menyedihkan. Baru-baru ini, FGV telah melaporkan keuntungannya untuk tahun 2017 sebanyak RM554 juta. Mula-mula saya sangat gembira – akhirnya Felda akan mara semula!

Tapi, lepas itu saya ada baca bahawa itu hanyalah satu sandiwara kerana sebahagian keuntungan itu bukannya datang dari operasi FGV, tapi kerana mereka menjual satu pelaburan dan kerana syarikat usaha sama mereka yang mencatatkan keuntungan yang banyak. Jadi FGV pun sama-sama untung.

Kenapa ye, syarikat besar macam FGV (dan Felda) tidak diurus dengan baik? Ade-ade je skandal. Pelaburan yang teruk, ahli lembaga yang guna duit syarikat untuk membiayai kemewahan sendiri, dana yang diperuntukkan untuk peneroka tidak sampai ke peneroka dan macam-macam lagi.

Walaupun saya tak beberapa fasih dalam hal ehwal bisnes, saya pun tau – syarikat besar macam Felda kalau diurus macam ni…akan bankrap atau akan diambil alih. Harap-harap tak bankrap lah….peneroka yang akan kehilangan sumber pendapatan.

Kalau diambil alih, oleh siapa agaknya ye? Siapa yang mampu mengambil alih Felda dan menguruskannya dengan baik? Ade khabar angin yang katakan, Peter Sondakh ingin mengambil alih Felda. Nama tu macam pernah dengar kan? Ye lah, dialah pemilik Eagle High Plantations. Syarikat yang dibeli oleh Felda pada harga yang sangat tinggi walaupun Eagle High tu bukannya mencatat keuntungan pun. Ramai orang kritik pembelian Eagle High. Dan sekarang si Peter Sondakh nak ambil alih Felda plak?

Adui…nyayalah peneroka kalau ni menjadi kenyataan. Kesian keluarga dan kawan-kawan saya yang masih peneroka. Pertama sekali, Peter Sondakh ni orang Cina Indonesia. Dia beragam Kristian. Apa yang dia tau tentang kehidupan dan cara hidup orang Melayu Islam? Adakah dia akan menjaga cara hidup kami? Walaupun lembaga Felda sekarang taklah bagus sangat, sekurang-kurangnya majoriti ahli lembaga masih terdiri daripada orang Melayu dan Islam. Yang paling risau, Peter ni akan gantikan ahli lembaga sekarang dengan orang-orangnya. Majoriti pastinya orang asing. Pasti bukan Islam. Pasti bukan Melayu. Jadi siapa yang akan menjaga cara hidup peneroka Melayu Islam?

Peter ni juga seorang ahli perniagaan atau ‘businessman’. Nyata dia akan uruskan Felda seperti syarikat swasta. Jadi apa yang akan terjadi? Dia akan bawa masuk ramai perkerja Indonesia kerana lagi murah daripada orang Malaysia. Kalau ni terjadi, macam mana peneroka nak cari makan? Kalau orang Indonesia ramai, banyak pula isu sosial yang akan timbul di Felda. Kekotoran, isu kesihatan dan kewafiatan pasti timbul. Ini kerana orang Indonesia yang di bawa untuk bekerja diladang bukanlah yang perpendidikan. Habislah orang Melayu kalau macam ni. Nak cari makan pun tak boleh, ditambah pula gejala sosial dari Indonesia.

Bukankah lebih baik kalau Felda diambil alih oleh orang Melayu atau Bumiputera? Sekurang-kuranya cara hidup peneroka tidak akan terjejas. Sekurang-kurangnya Felda akan diurus oleh orang Melayu atau Bumiputera yang berkebolehan dan mempunyai integriti.

Harap-harap ada orang Melayu atau Bumiputera yang mampu akan bangkitkan semula Felda.

Siapa pemegang saham FGV?

Semenjak-dua menjak ni, macam-macam cerita kita dengar pasal FGV. Cerita tanah kena jual lah, cerita harga saham merundum tak naik-naik, cerita beli hotel harga ratusan juta… sayangnya semua cerita-cerita yang tidak sedap je kita dengar, cerita yang menjahanamkan syarikat!

Siapa punya kerja ni? Apa kata pemegang-pemegang saham FGV… tak bising ke diaorang semua tu?

Ehh kejap… siapa pemegang saham FGV?

OK, maklumat kat bawah ni saya ambil dari website FGV.

Nampak tak nama Koperasi FELDA kat atas tu? Koperasi FELDA memegang 5.61% saham FGV.  Haaa…. Hebat kan, kita peneroka FELDA sebagai ahli Koperasi FELDA, ada saham dalam FGV, syarikat yang sangat gah!

Kot-kot ada pembaca yang kurang arif, peneroka-peneroka FELDA adalah ahli di dalam Koperasi FELDA. Melalui pelaburan dan urusan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi,  ahli-ahli koperasi hujung tahun boleh dapat dividen.

Jadi, dengan segala cerita tak enak yang kita dengar tentang pengurusan dan prestasi FGV ni, apa yang kita boleh buat sebagai pemegang saham?

Dengar cerita ada orang luar negara nak ambilalih FGV. Orang tempatan kita pun ada juga yang masukkan usul, tapi macam berat berpihak kepada orang luar tu. Tentunya orang tempatan yang nak bantu pulihkan FGV ni berkelayakan, kewangannya kukuh serta mempunyai prestasi perniagaan yang sangat bagus. Jadi kenapa nak bagi pada orang luar bila orang kita sendiri boleh bantu pulihkan syarikat kita?

Berbalik kepada cerita saham kita dalam FGV… jadi, apa kita nak buat ni? Boleh ke kita buat apa-apa? Mungkin seorang dua tak riuh kalau buat bising pun. Tapi kalau kita ramai-ramai tempik, ramai-ramai buat bising, mesti pihak pengurusan dengar kan?

TAK NAK orang luar ambil FGV.