Saya ada berbincang dengan rakan-rakan saya tentang FGV. Kawan-kawan saya ni bukan anak Felda seperti saya. Jadi, saya pun terkejut apabila mereka kata mereka ada beli saham FGV masa penyenaraian. Saya pun hairan…kenapa orang-orang bandar ni nak beli saham FGV walaupun penyeneraian FGV dikritik. Sudah tentu mereka ada baca atau dengar tentang kritikan penyenaraian FGV oleh pakar-pakar industri.
Ada dikalangan mereka yang telah jual saham tersebut tapi ada yang masih lagi memegang saham. Sekarang tak boleh jual lah…harga dah merosot. Pasti rugi.
Sambil minum teh, saya pun tanya mereka “kenapa kamu beli saham FGV?”
Jawapan mereka senang sahaja. Mereka ingin bantu peneroka.
Kalau FGV untung, peneroka pun untung. Selain itu, mereka telah melihat lembaga FGV yang sangat berkaliber dan telah percaya bahawa lembaga tersebut mampu membawa FGV ke tahap yang lebih tinggi. FGV itu kebanggaan Malaysia kononnya. Macam Petronas, FGV mana boleh rugi kata mereka.
Langsung tidak disangka yang lembaga FGV yang diamanahkan menjaga FGV dan peneroka akan begitu tamak dan menggunakan wang Felda untuk membiayai kehidupan mewah mereka (dan keluarga mereka). Langsung tidak disangka wang penyenaraian itu akan digunakan untuk pelaburan-pelaburan yang merugikan.
Untuk senang, saya senaraikan lagi pelaburan yang saya maksudkan ini (dari pos sebelum ini):
1) RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.
2) RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.
3) RM300 juta untuk sebuah hotel di London.
4) RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.
Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau ‘Google’ semuanya akan tersenarai.
Tapi apa yang kami keliru adalah, mengapa tak berunding dengan penasihat kewangan SEBELUM membuat pelaburan-pelaburan ini? Ada tak proses ketekunan wajar? Syarikat besar macam FGV yang menggunakan wang rakyat umum – sudah pasti mesti menjalani proses-proses ini terlebih dahulu kan?
Inilah paling minima yang pemegang saham FGV harapkan. Tapi nampaknya tidak – mereka buat apa yang pengerusi kata tanpa soal selidik. Pengerusi yang kita semua tahu hanya memikirkan kekayaan diri dan keluarganya.
FGV telah diuruskan dengan konsep ‘diktator’ dan mangsanya adalah peneroka dan pemegang saham FGV.