Pengurusan FGV yang bagaikan konsep diktator

Saya ada berbincang dengan rakan-rakan saya tentang FGV. Kawan-kawan saya ni bukan anak Felda seperti saya. Jadi, saya pun terkejut apabila mereka kata mereka ada beli saham FGV masa penyenaraian. Saya pun hairan…kenapa orang-orang bandar ni nak beli saham FGV walaupun penyeneraian FGV dikritik. Sudah tentu mereka ada baca atau dengar tentang kritikan penyenaraian FGV oleh pakar-pakar industri.

Ada dikalangan mereka yang telah jual saham tersebut tapi ada yang masih lagi memegang saham. Sekarang tak boleh jual lah…harga dah merosot. Pasti rugi.

Sambil minum teh, saya pun tanya mereka “kenapa kamu beli saham FGV?”

Jawapan mereka senang sahaja. Mereka ingin bantu peneroka.

Kalau FGV untung, peneroka pun untung. Selain itu, mereka telah melihat lembaga FGV yang sangat berkaliber dan telah percaya bahawa lembaga tersebut mampu membawa FGV ke tahap yang lebih tinggi. FGV itu kebanggaan Malaysia kononnya. Macam Petronas, FGV mana boleh rugi kata mereka.

Langsung tidak disangka yang lembaga FGV yang diamanahkan menjaga FGV dan peneroka akan begitu tamak dan menggunakan wang Felda untuk membiayai kehidupan mewah mereka (dan keluarga mereka). Langsung tidak disangka wang penyenaraian itu akan digunakan untuk pelaburan-pelaburan yang merugikan.

Untuk senang, saya senaraikan lagi pelaburan yang saya maksudkan ini (dari pos sebelum ini):

1)         RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.

2)         RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.

3)         RM300 juta untuk sebuah hotel di London.

4)         RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.

Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau ‘Google’ semuanya akan tersenarai.

Tapi apa yang kami keliru adalah, mengapa tak berunding dengan penasihat kewangan SEBELUM membuat pelaburan-pelaburan ini? Ada tak proses ketekunan wajar? Syarikat besar macam FGV yang menggunakan wang rakyat umum – sudah pasti mesti menjalani proses-proses ini terlebih dahulu kan?

Inilah paling minima yang pemegang saham FGV harapkan. Tapi nampaknya tidak – mereka buat apa yang pengerusi kata tanpa soal selidik. Pengerusi yang kita semua tahu hanya memikirkan kekayaan diri dan keluarganya.

FGV telah diuruskan dengan konsep ‘diktator’ dan mangsanya adalah peneroka dan pemegang saham FGV.

FGV perlukan pemilik Melayu bukan Cina Indonesia

Sudah menjelang 2018, FGV sudah pun disenaraikan selama lebih kurang 6 tahun. Tapi, macam kanak-kanak berusia 6 tahun, FGV masih belum matang dan perlukan bimbingan dan kasih sayang ibu bapanya.

Sudah terbukti, ibu bapa FGV pada masa ini tidak mampu memberi bimbingan yang sewajarnya. Ibu bapa yang saya maksudkan adalah lembaga FGV dan pihak pengurusan FGV. Lembaga FGV dan pihak pengurusan FGV sekarang menguruskan FGV macam syarikat yang sudah matang. Tapi hakikatnya, FGV belum lagi bersedia untuk bebas dari gengaman ibu bapanya. Ini terbukti dengan skandal-skandal FGV, kerugian yang dialami, peneroka yang marah/tidak puas dan sebagainya. Ye lah, bayangkan jika kanak-kanak berusia 6 tahun dibiarkan melayan kerenah sendiri. Bayangkan keadaan huru-hara akibat abaikan anak berusia 6 tahun.

Jadi apa yang berlaku kepada anak yang diabaikan ibu bapanya? Anak ini akan terbuka kepada adopsi. Dalam kata lain, FGV dengan senang akan diambil alih oleh pihak luar.

Ada khabar angin yang mengatakan ahli bisnes Cina Indonesia, Peter Sondakh berminat untuk mengambil alih FGV. Tapi, adakah ini wajar?

Bayangkan ini.

FGV adalah seorang budak Melayu beragama Islam yang dibesarkan di Malaysia. Dia merangkumi semangat Malaysia, semangat Melayu. Dia dibesarkan dengan adat, budaya dan tatatertib Melayu dan Islam. Sekarang, budak kecil ini akan menjadi anak angkat kepada orang Cina dari Indonesia yang beragama Kristian. Dia akan diajar semua budaya Cina Indonesia dan akan lupakan agama dan bangsanya.

Dia bukan lagi kebangaan Malaysia.

Adakah ini wajar bagi FGV? Bukankah lagi baik jika FGV diambil alih seorang ahli bisnes dari Malaysia? Bukankah lagi baik kalau orang Melayu atau Bumiputera dan paling penting, beragama Islam mengambil alih FGV? Seorang yang alim yang pentingkan adat, budaya dan tatatertib Melayu dan Islam.

FGV perlukan ibu bapa yang mempunyai masa dan sumber untuk mengasuhnya dengan kasih sayang, bukan ahli bisnes asing yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Mengapa orang asing diberi lebih keutamaan daripada peneroka Felda?

Pada tahun 2012, Felda menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia. Pada masa tu, ini berita besar bagi peneroka Felda kerana peneroka diberi peluang membeli saham FGV. Mestilah semua peneroka teruja – mereka tak pernah dengar tentang pasaran saham, apatah lagi diberi peluang untuk memiliki saham.

Peneroka seperti abah saya, saudara saya, sepupu saya dan jiran saya diyakinkan membeli saham FGV oleh Felda. Felda kata mereka akan dapat memiliki sedikit daripada syarikat yang tanah mereka usahakan. Felda kata harga saham akan naik dan mereka akan untung. Felda juga kata, jika “anda tidak mempunyai wang, jangan risau – kami akan memberi pinjaman kepada anda.”

Macam mimpi menjadi kenyataan kan? Orang kampung la kan. Bukannya mereka ada akses pada berita SEBENAR dan semua kontroversi yang mengepung penyenaraian FGV. Mereka hanya tahu apa yang Felda kata – bahawa penyenaraian ini bagus dan mereka akan untung.

Jadi, dengan pinjaman yang dijamin Felda, masing-masing pun membeli saham pada harga RM4.55. Tau tak, Felda mengumpul RM10 bilion daripada penyenaraian tersebut.

2018 sudah menjelang dan harga saham FGV kini bernilai kurang daripada separuh harga yang dibayar oleh peneroka. Peneroka masih menghempas-pulas untuk membayar semula pinjaman dari Felda untuk membeli saham FGV. Nak jual saham FGV tu pun tak boleh kerana mereka akan rugi lebih.

Apa jadi dengan RM10 bilion yang dikumpul oleh Felda? Kenapa tak digunakan untuk meringankan beban peneroka Felda yang telah ‘melabur’ dalam saham FGV? Kenapa lagi rela belanjakan wang tersebut dengan orang asing daripada membantu peneroka. Buktinya seperti di bawah:

1) RM2.3 BILLION untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik di Malaysia. Peter Sondakh adalah orang Cina Indonesia.

2) RM550 juta di Cambridge Nanosystems, sebuah syarikat UK yang sudah beberapa tahun merekodkan kerugian.

3) RM300 juta untuk sebuah hotel di London.

4) RM23 juta dalam perjanjian PENIPUAN dengan IFFCO, sebuah syarikat Abu Dhabi.

Ini hanya BEBERAPA contoh bagaimana wang yang dikumpul dari penyenaraian FGV telah dibelanjakan.

Kenapa pengurusan Felda dibenarkan membazir semua wang yang dikumpul dari penyenaraian tu? Peneroka Felda telah percayakan Felda dengan wang mereka. Lihatlah bagaimana Felda telah membazirkan wang peneroka Felda.

Kenapa lagi rela membantu orang asing yang kaya dan melabur dalam syarikat asing daripada membantu peneroka Melayu? Kenapa tak berjuang untuk hak peneroka Felda yang kebanyakkannya orang Melayu? Adakah ini permulaan untuk orang asing mengambil alih Felda dan FGV? Jika orang asing mengambil alih, apa yang akan terjadi kepada semua peneroka yang kebanyakkannya orang Melayu?

Dari menjual Felda dan FGV kepada orang asing – bukankah lagi baik beri peluang kepada ahli bisnes Melayu untuk memulihkan prestasi Felda dan FGV?

Harap-harap ada tokoh bisnes yang sudi mengambil cabaran ini. Insya-Allah.

 

Siapa pemegang saham FGV?

Semenjak-dua menjak ni, macam-macam cerita kita dengar pasal FGV. Cerita tanah kena jual lah, cerita harga saham merundum tak naik-naik, cerita beli hotel harga ratusan juta… sayangnya semua cerita-cerita yang tidak sedap je kita dengar, cerita yang menjahanamkan syarikat!

Siapa punya kerja ni? Apa kata pemegang-pemegang saham FGV… tak bising ke diaorang semua tu?

Ehh kejap… siapa pemegang saham FGV?

OK, maklumat kat bawah ni saya ambil dari website FGV.

Nampak tak nama Koperasi FELDA kat atas tu? Koperasi FELDA memegang 5.61% saham FGV.  Haaa…. Hebat kan, kita peneroka FELDA sebagai ahli Koperasi FELDA, ada saham dalam FGV, syarikat yang sangat gah!

Kot-kot ada pembaca yang kurang arif, peneroka-peneroka FELDA adalah ahli di dalam Koperasi FELDA. Melalui pelaburan dan urusan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi,  ahli-ahli koperasi hujung tahun boleh dapat dividen.

Jadi, dengan segala cerita tak enak yang kita dengar tentang pengurusan dan prestasi FGV ni, apa yang kita boleh buat sebagai pemegang saham?

Dengar cerita ada orang luar negara nak ambilalih FGV. Orang tempatan kita pun ada juga yang masukkan usul, tapi macam berat berpihak kepada orang luar tu. Tentunya orang tempatan yang nak bantu pulihkan FGV ni berkelayakan, kewangannya kukuh serta mempunyai prestasi perniagaan yang sangat bagus. Jadi kenapa nak bagi pada orang luar bila orang kita sendiri boleh bantu pulihkan syarikat kita?

Berbalik kepada cerita saham kita dalam FGV… jadi, apa kita nak buat ni? Boleh ke kita buat apa-apa? Mungkin seorang dua tak riuh kalau buat bising pun. Tapi kalau kita ramai-ramai tempik, ramai-ramai buat bising, mesti pihak pengurusan dengar kan?

TAK NAK orang luar ambil FGV.

Kehidupan mewah Tan Sri Isa Samad

Sejak saya berpindah ke KL, saya telah didedahkan kepada berita dan fakta mengenai bagaimana kerajaan kita beroperasi. Saya mempunyai pengalaman sendiri, sebagai anak lelaki Felda tentang bagaimana kerajaan kita terus menghampakan rakyat Felda dengan janji kosong, administrasi and pengurusan yang teruk.

Kehidupan peneroka Felda sangat miskin dan hampir kemelaratan. Setiap tahun kerajaan berjanji akan membantu peneroka Felda melalui geran, subsidi wang dan sebagainya. Malah, baru-baru ini kerajaan telah menjanjikan berbilion Ringgit kepada peneroka untuk membina rumah baru. Tapi, tidak ada banyak perubahan kepada keadaan hidup para peneroka Felda dalam masa 50 tahun.

Sebenarnya, apa-apa pembaikan atau penaiktarafan yang kita ingin buat ke rumah kita perlu dibiayai sendiri. Jika kita tidak mampu, kita perlu mengambil pinjaman dari Felda. Jika ini berlaku, ke manakah semua wang yang diperuntukkan untuk membantu peneroka Felda pergi?

Saya tahu. Anda pun tahu. Tidakkah anda melihat berita tahun lepas? MACC telah menyerbu rumah-rumah, ya RUMAH-RUMAH, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. Media melaporkan bahawa dia mempunyai banyak rumah di Selangor, seperti di Nilai Springs Heights dan Lavender Heights di Senawang, sebuah rumah di Kuala Pilah, satu di Port Dickson dan satu lagi di Jempol. Rumah-rumah ini semua banglo besar dengan tanah yang luas, bukan kondominium kecil atau rumah teres. Wow! Begitu banyak rumah mewah untuk seorang lelaki manakala beribu-ribu peneroka yang dia diamanahkan untuk menjaga hidup dalam keadaan menyedihkan. Bagaimana dia mampu membeli rumah-rumah begitu? Adakan dia dan kroni-kroni-nya menggunakan wang yang di peruntukkan untuk peneroka Felda untuk membeli kemewahan sendiri?

Jika Pengerusi Felda berkelakuan dan hidup dengan cara ini – apakah lagi timbalan-timbalan dia di Felda?

Kenapa ini boleh berlaku? Di manakah keadilan?

Setiap kali pilihan raya menghampiri, ahli politik ini membuat janji kosong kepada kami dengan harapan mendapat undi kami. Setiap tahun kami kecewa dengan janji kosong mereka.

Saya ingin meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini. Saya berharap keutamaan akan diberikan kepada peneroka Felda.

Urusan Selesai – Orang Melayu Felda kalah kepada orang Cina-Indonesia (Bahagian 2)

Pertama sekali, perjanjian ini adalah sesuatu yang berisiko tinggi kepada penebangan hutan. Sekiranya pengambilalihan berjalan lancar, Felda akan memperoleh 425,000 ha bank tanah dari Eagle High, yang dianggarkan 64% tidak dibangunkan. Perjanjian ini akan memberi tekanan besar kepada Felda untuk menunjukkan pulangan atas pelaburan, menjadikan bahawa akan terdapat bank tanah yang belum dibangunkan bakal menjadi mangsa kepada jentolak Felda. Tanah di situ juga tiada persijilan RSPO. Sebab itulah, FGV secara sukarela manarik balik persijilannya RSPO tahun lalu.

Risiko besar yang kedua adalah penderaan hak asasi manusia. Memandangkan penderaan yang didakwa oleh WSJ, Felda sepatutnya tidak dibenarkan untuk mengembangkan pegangan lading sehinggalah dapat membuktikan bahawa ia mematuhi piawaian antarabangsa dalam layanan adil terhadap pekerja dan perlu menghormati hak asasi manuasia.

Pelabur Felda mesti mempertimbangkan bahawa perjanjian ini adalah berisiko penting. Peneroka Felda patut mempertimbangkan pengkhianatan ke atas segala usaha keras mereka 50 tahun lepas.

Banyak daripada pelanggan Felda dan Eagle High ada dasar untuk tiada penebangan hutan, tiada gambut, dan tiada eksploitasi termasuk Cargill, Golden Agri-Resources dan Wilmar. Perjanjian ini AKAN menghasilkan penjelasan tanah dan penderaan hak asasi manusia.  The European Union akan menghalang Felda dan Eagle High untuk import ke dalam EU, di mana akan membuat perjanjian ini menjadi bencana ekonomi bagi syarikat- dan kemudiannya peneroka Felda.

 

Peneroka – AWAS – cinta minyak sawit ini tidak akan cantik

 

#SelamatkanFELDA

Urusan Selesai – Orang Melayu Felda kalah kepada orang Cina-Indonesia (Bahagian 1)

Ia adalah perjanjian berbillion-biliion ringgit (RM2.25 billion) yang tidak mendapat perhatian media mahupun rakyat Malaysia.

Felda secara senyap telah menyempurnakan pembelian sebanyak 37% saham dalam syarikat minyak sawit PT Eagle High Plantations(EHP) menggunakan duit pinjaman yang dikhuatiri tidak dapat dibayar balik. Kerajaan Malaysia telah menganjurkan dan menjamin sukuk sebanyak USD $252 juta untuk pembelian ini. Adakah langkah ini wajar dimana kerajaan meminjam wang sebanyak itu untuk membeli syarikat yang tidak ada sebarang kepentingan untuk rakyat dari mana-mana pandangan. Apa yang lebih menyakitkan ialah pembelian ini menggadai masa depan peneroka Felda kerana mereka terlibat secara langsung dalam pegangan hutang ini. Lebih-lebih lagi hutang ini digunakan untuk membayar balik hutang seorang hartawan Cina Indonesia yang merupakan pemilik terbesar PT Eagle High Plantations melalui kumpulan Rajawali.

Ingatlah!! Pembelian ini mengikut Felda Global Ventures(FGV) membatalkan perjanjian USD $680 juta akhir tahun lalu, dimana ia telah menerima kritikan daripada pelabur tempatan dan juga asing yang berpendapat perjanjian itu terlalau mahal serta agak berat sebelah kepda Peter Sondakh–pemilik EHP. Bank British, Standard Chartered juga ditarik ke dalam kontroversi perjanjian itu dan menjadi sasaran kempen beberapa pihak supaya tidak meluluskan pinjaman tersebut.

Apakah persamaan yang ada? – Malaysia yang telah membeli sebuah syarikat Indonesia-Cina dan perjanjian ini akan membawa bersama dua syarikat global yang berprestasi Lebih-lebih lagi kedua-dua syarikat ini memiliki rekod yang teruk dalam penanaman kemampanan.
Tolong periksa berapa hectar tanaman kedua-dua syarikat itu disertifikasi RSPO??

Felda juga dituduh atas pencabulan hak asasi manuasia di ladang-ladangnya baru-baru ini oleh Wall Street Journal(WSJ), di mana laporan itu mengatakan kontraktor-kontraktor yang dilantik Felda telah bertindak ganas dan mendera pekerja mereka. Antara tuduhan di dalam laporan itu ialah seperti merampas passport perkerja, menahan gaji, memukul pekerja dan tidak menyediakan peralatan perlindungan di ladang-ladang Felda.

Juruaudit bebas yang berkerja dengan organisasi RSPO ,pada bulan Oktober telah menjumpai bukti “buruh paksa” di atas ladang Felda. Antara yang dijumpai adalah bukti kes-kes seperti rampasan dokumen pengenalan diri ,hutang terkumpul,kontrak perkerja yang tidak jelas, dan obligasi upah minimum yang tidak dipatuhi.

Sedangkan Felda adalah antara ahli pengasas RSPO, sebuah badan piawaian persijilan untuk kemampanan kelapa sawit ia telah banyak dikritik oleh NGO atas standard yang lemah atas perlindungan hutan dan tanah gambut. Atas sebab ini, ramai pesaing-pesaing Felda, bersama syarikat-syarikat yang mewakili majoriti pengeluar minyak kelapa sawit dunia, telah bersepakat untuk komit kepada dasar untuk “tiada penebangan hutan, tiada gambut, dan tiada eksploitasi”.

Malu- Felda tidak memberikan komitmen ini. Soalan seterusnya – kenapa tidak?

Eagle High adalah sebahagian daripada kumpulan Rajawali yang berpengaruh tinggi dan sangat berkuasa. Ia tidak menunjukkan sebarang komitmen yang kukuh untuk menghalang eksploitasi penebangan hutan dan perlindungan tanah gambut sedangkan kebanyakkan pengeluar kelapa sawit Indonesia yang setara dengan Eagle High, termasuk Astra Agro Lestari dan First Resources mengamblil langkah dan usaha yang ketara dalam isu ini.

Di wilayah Indonesia, Papua, anak syarikat Eagle High telah membakar lebih dari 13,000 ha hutan hujan tropika sejak tahun 2010 sehinnga ke 2014. Fakta ini adalah berdasarkan laporan firma analisis risiko kemampanan Chain Reaction Research. Tahun lalu, institut pembangunan dasar Greenomics Indonesia mengeluarkan sebuah laporan (pdf) yang mendakwa bahawa anak syarikat Eagle High telah mula membersihkan hutan hujan tropika di Papua Barat dimana ia memiliki konsesi 20,000 ha.

Sekarang, perjanjian telah dilakukan setan-ke-setan. Kenapa perlu dipedulikan?

#SelamatkanFelda

Rompakan Peneroka didepan mata kita

Saya ingin bawa ke perhatian yang secara senyap-senyap Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) melalui sebuah perusahaan/ syarikat khas milikan sepenuhya Felda Investment Corporation(FIC), telah melengkapkan pengambilalihan PT Eagle High Plantation yang dimiliki oleh Peter Sondakh. Peter Sondakh adalah  “businessman” berskandal  dari Kumpulan Rajawali yang bertempat di  Indonesia. Tidak banyak penduduk dan peneroka Felda atau orang di sekitar kawasan Felda mahupun rakyat Malaysia yang tahu mengenai perjanjian ini. Dua syarikat diatas telah menandatangani perjanjian pembelian di atas pada 23 December 2016.

Eagle High adalah salah satu pemilik ladang kelapa sawit yang terbesar di Indonesia. Mereka mempunyai mempunyai 320,000 hektar tanah . Tanah sebesar itu adalah 4.4 kali daripada saiz negara Singapura. Bayangkanlah! Daripada itu, HANYA 125,000 hektar telah ditanam, memandangkan syarikat sedang bergelut dengan pengurusan yang teruk, hasil ladang yang rendah dan dibebani oleh hutang yang di ambil bagi pihak Rajawali untuk membantu  perniagaan lain yang dimiliki oleh Peter Sondakh.

FELDA  pada bulan April 2017 telah memindahkan sebanyak 500 Juta USD kepada Rajawali yang dimiliki Peter Sondakh. Separuh daripada wang itu ( 250 Juta USD) telah dibiayai melalui pinjaman daripada sebuah Bank di Eropah manakala FELDA mengambil sukuk untuk selebihnya.

Memandangkan FELDA sekarang dalam kemulutan kewangan dan pelaburan di dalam FGV pun tidak seperti yang dijanjikan , dimanakah FELDA akan memperolehi wang untuk membayar hutang membeli Eagle High ini? Adakah pelaburan dalam sebuah syarikat yang berperestasi rendah ini sepatutnya pada masa FELDA sendiri tidak menpunyai dana untuk peneroka sendiri?

Pada pendapat saya (maaflah sekadar penjawat awam biasa) wang 500 juta USD bersamaan RM2.25B ini boleh digunakan sebagai bantuan kepada peneroka untuk membeli benih baru yang berkualiti tinggi, penanaman semula estet, membina sekolah baru dan menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak kita. Adakah pembelian ini untuk menyelelamatkan sebuah syarikat kroni yang memerlukan bantuan kewangan?

Saya sebagai anak peneroka begitu sedih dan terasa dikhianati di mana wang dan titik peluh peneroka selama ini akan digunakan untuk membela seorang saudagar kaya untuk menyelesaikan hutangnya, membantu syarikat Indonesia bersaing dengan kita dan mengambil-alih Malaysia sebagai hab minyak sawit. FELDA juga didapati membantu syarikat ini  untuk mendapat pengiktirafan RSPO sedangkan kita sendiri tidak sepenuhnya diiktiraf.

Yang saya tak faham FELDA ini hak milik siapa? FELDA ditubuhkan untuk membantu masyarakat Melayu utamanya untuk meningkatkan taraf hidup melalui perladangan. Sekarang ini membantu syarikat Indonesia pulak?

Kita juga perlu tahu yang prestasi Eagle High ini sebenarnya sedang menurun. Ia telah mengalami kerugian bersih sebanyak Rp 391Billion pada tahun 2016, dan tenggelam dalam kerugian lebih 116% dibandingkan dengan tahun 2015 dimana kerugian bersih disekitar Rp181.4 Billion. Kerugian itu menurut penyata kewangan yang dikemukan ke bursa di Indonesia ialah disebabkan peningkatan dalam perbelanjaan membayar interest dari setahun ke setahun untuk jumlah sebanyak Rp648.78 Billion.

Kenapa Eagle High mengambil pinjaman sebesar ini ? Khabarnya untuk membayari perniagaan lain yang dimiliki Peter Sondakh. Dalam masa yang sama jualan tahunan Eagle High pun menurun sebanyak 5% dari tahun yang sebelumnya.

Saya menulis artikel ini kerana sebagai anak peneroka urusan FELDA untuk membeli saham di dalam syarikat yang bermasalah ini tidak masuk akal sedangkan kita di tanah air sendiri tidak mendapat bantuan yang diperlukan. Inikan lagi syarikat yang dimiliki Cina Indonesia.  Dimanakah logic pelaburan ini?

#SelamatkanFelda